Perbahasan Rang Undang-Undang Meminda Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954 oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera YB Wong Hon Wai pada 18.07.2022.
Video here: https://fb.watch/e-bp1j-LtZ/
Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954 berkuat kuasa sejak 1 Januari 1957 terus efektif sehingga tahun 1972 tetapi kemudian seolah-olah tenggelam dalam sejarah perundangan dan dilupakan oleh sistem mahkamah dan hanya bernafas semula pada tahun 2010.
Akta ini diangkat ke Parlimen untuk pindaan dan nampaknya diberi nafas baru memandangkan cabaran baru dalam sistem penjara kita. Cabaran pertama, kesesakan di penjara Malaysia. Kelantan dikhabarkan ingin membina penjara terbesar di negara. Cabaran kedua COVID-19 menuntut penjarakan antara banduan-banduan dan penjara menjadi tempat berisiko tinggi.
Cabaran yang ketiga, inflasi melambung tinggi di Malaysia dan kos menyara seorang banduan meningkat. Data pada tahun 2015, RM35 sehari dan saya meminta Yang Berhormat Menteri untuk memberikan statistik terkini berapakah kos untuk menyara seorang banduan pada hari ini.
Perintah Kehadiran Wajib (PKW) ini perlu memberi kebaikan kepada pesalah, kepada negara dan juga masyarakat secara umumnya. Cabaran Perintah Kehadiran Wajib ini adalah:
(i) kekurangan keyakinan oleh Judicial and Legal Officers berkenaan dengan keberkesanan PKW;
(ii) perlu memenuhi procedure requirement dalam akta di mana majistret perlu menerangkan keperluan prosedur kepada pesalah dan pesalah perlu bersetuju;
(iii) takrif kerja yang kurang jelas. Seksyen 2 akta hanya menyatakan compulsory works as any labor task work or cause of instruction order by the compulsory Attendance Centre Officer to be undertaken by the offenders. Tidak ada takrif kerja yang jelas; dan
(iv) apabila perlanggaran perintah ketidakhadiran, maka pelaksanaan perintah dan kegagalan susah dikawal selia. Tiada kuasa tangkapan oleh Attendance Centre Officer ke atas pesalah yang melanggar PKW, hanya boleh membuat laporan polis dan tangkapan oleh polis.
Niat asal akta ini ialah untuk minor offences atau kesalahan kecil sebagai gantian kepada tiga bulan pemenjaraan. PKW masih kekalkan kehidupan keluarga dan pekerjaan pesalah tetapi masalah ialah niat asal ialah sebagai attorney sentence untuk kesalahan setara atau kurang dari tiga bulan pemenjaraan.
Akan tetapi melalui pindaan ini ditingkatkan 12 kali ganda iaitu dari tiga bulan kepada tiga tahun. Soalan saya, sama ada peningkatan kepada tiga tahun ini sesuai memandangkan ia bukan lagi kesalahan kecil (minor offences) tetapi menjadi medium offences. Sebagai contoh ibu yang mencuri atau shoplifting untuk susu tepung bayi di supermarket ditangkap dan Perintah Kehadiran Wajib (PKW) ini merupakan satu opsyen yang wajar kerana pemenjaraan akan memisahkan ibu kepada anak.
Pesalah pula perlu dilaporkan kepada Attendance Centre untuk sekian hari dan sekian jam. Persoalan saya, sama ada terdapat CAC di semua daerah di seluruh negara, sama ada keupayaan daripada segi bangunan dan staffing untuk berhadapan dengan lebih ramai pesalah PKW. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan 6,000 lebih statistik, dan saya akan jangkakan berlipat ganda arahan PKW dijalankan sama ada terdapat kekuatan staffing yang cukup.
Sebelum ini ada aduan daripada bekas program PKW ialah bahawa mereka perlu perjalanan lama melebihi dua jam untuk pergi balik dari tempat kerja atau kediaman ke Compulsory Attendance Centre (CAC) dan perjalanan tersebut tidak dikira sebagai memenuhi PKW. Oleh itu, saya rasa perkara-perkara seperti itu perlu diambil kira. Kerja-kerja pembersihan pantai, pembersihan tempat pelupusan sampah, pembersihan jalan, tandas, masjid, tempat ibadah agama merupakan antara compulsory work di bawah Perintah Kehadiran Wajib ini. Oleh itu saya meminta supaya ada unsur pencegahan, ada unsur pemilihan dan opsyen tambahan kepada opsyen hukuman yang sedia ada.
Compulsory Work ini sebelum ini ditetapkan maksimum empat jam sehari selama maksimum 90 hari bekerja dan sekarang ditambah kepada empat jam sehari selama maksimum 12 bulan. Daripada 90 hari ditambah kepada maksimum 12 bulan. Sama ada terdapat kuasa ataupun kapasiti pemantauan daripada CAC terhadap PKW ini.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya meminta juga kerajaan meneliti laporan tesis oleh Dr. Fauziah Hani binti Ahmad Fuzi bertajuk The Problems and Challenges in the Implementation of Compulsory Attendance Order in Malaysia, PhD. tesis dari UIA 2019 yang mengutarakan dengan jelas peluang dan cabaran Perintah Kehadiran Wajib ini. Saya meminta dikaji laporan tersebut dan meminta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk memberikan penjelasan tentang isu-isu yang saya bangkitkan. Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment